Pipe on rxz
Hari ni aku nak bercerita tentang exzos chamber rxz.. aku tak pernah tune rxz aku guna pipe tapi lepas beberapa kali try dengan rr.. nampaknya rr yg dah main exzos chamber agak sukar rxz nak fight.. so aku amik keputusan nak tune chamber kali ini..
Gambar aku upload ni exzosnya belum lagi disiapkan.. tengah sedap2 melayan rekabentuk pipe aku ni.. tetiba gas co2 plk habis.. haisshhh.. potong tune btol la.. terpaksalah tunggu esok pagi.. sbb cina supplier gas available esok..
Apa yg membuatkan aku terjebak dengan pipe ni bukanlah kerana tengok youtube belambak dak2 skrg pakai pipe tapi aku sendri merasakan exzos 3BS rxz stendet mmg sangat lemau walaupun dah max tune.. tak termasuk jek rod la.. ni kira stroke stendet lg.. mesin aku yg ni tak pernah jek rod lg.. kita cuba lihat kemampuan stroke rxz 135 bolehkah kita beat rr 150 atas highway..
Sedikit tips utk kawan2 seangkatan ngan aku.. kemahiran tune cylinder blok adalah penting.. sbb dari situ kita dapat bezakan tuning rpm dari blok stendet hinggakan yg dah porting.. biasanya blok stendet tak byk masalah.. cuma jika kita nak tune spoket utk top speed highway sbg contoh spoket 17-35 mmg agak sukar blok stendet nak boost utk gear 5 dan 6..
Blok yg kita tune perlulah memiliki character yg baik sbg contoh rpm tidak drop banyak semasa masuk gear.. dari gear 1 sampai gear 6.. rpm hanya dibenarkan utk drop tidak melebihi 2000 rpm.. jika tidak.. mesin akan lemau utk henjut tarik gear 5 dan 6..
Bg tuner2 2 stroke mesti pernah hadapi masalah ni kan.. berbeza dengan rr dibantu pula dengan powervalve.. design cylinder blok sangat baik.. biasanya rr stendet kuar kilang sarung chamber apa brand pun kompom atas 190 atau 200 km/j boleh dapat dah.. ada keistimewaan pada blok rr jika kita betul2 belek.. so apa kata korang try copy sebagaimana design blok rr pada rxz.. aku boleh katakan kompom korang sarung chamber gearing korang akan berdenting..
Sekian tu sajer tips aku.. esok aku sambung lg.. update rekabentuk exzos aku plk..
Comments
Post a Comment