Posts

Showing posts from 2019

Arr Bikers Enterprise

Image
Arr Bikers Enterprise adalah nama kedai yg baru dibuka sekitar April 2019, berbekalkan pengalaman dan pengetahuan pasal motor ni aku amik keputusan bukak bengkel berdekatan rumah aku.. kalau ada masalah2 motor boleh roger aku 0166232327, InsyaAllah di luar waktu bekerja pun aku cuba utk bantu pada yg memerlukan.. Utk permulaan ni aku akur dengan persaingan dan modal yg tak seberapa nak mantap ni kene move on pelan2, yg penting tapak dah ada, tambahan plk sebelum ni aku run baiki motor di rumah sendri amat tidak sesuai, dan boleh kene komplen ngan jiran2 lorong umah aku ni.. Yer lah, bukan senang kita nak hadap benda2 baru yg aku baru setup mcm ni, tambahan ada sedikit kacau bilau dlm geng2 rakan seperjuangan aku, ngan idea2 pening yg buat semak kepala, aku terus terang cakap, takde nak drop saper2 dalam hal ni, aku perlu teruskan perjuangan aku utk setup kedai aku walau apa pun rintangan yg bakal aku hadapi, mintak maaf byk2 kawan2 yg pernah tersinggung ngan aku pasal benda2 mcm ni...
Image
Hari ni 16 february 2019.. member aku alif asraf a.k.a. Yap telah pun berkahwin.. Alhamdulillah selesai semuanya walaupun ada sedikit kesulitan bab2 menyeting moto Apiz tupai.. sedih apiz arini moto tune tak ngam plk.. 😭 Reedvalve boyeson koyak plk 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️ Sori la apiz.. system blok berubah plk.. terus plug kong tembak plk reedvalve 😢😢😢 Apa pun aku cuma sedaya upaya aku tolong mana patut.. Yg penting majlis tetap berjalan lancar.. tahniah yap.. aku doakan semoga ko kekal hingga akhir hayat bersama pasangan ko yap.. Sedikit perkongsian gambar kawan2 yg pergi.. kami takde la ramai.. tapi kami usaha utk menjayakan majlis kawan kami ni.. terbaik lu org semua.. Utk apiz.. misi aku ngan tupai ko blom selesai.. InsyaAllah aku akan cari tune smp dapat.. haha.. abam dah tolong apa yg termampu bruhhh..

Pipe on rxz

Image
Hari ni aku nak bercerita tentang exzos chamber rxz.. aku tak pernah tune rxz aku guna pipe tapi lepas beberapa kali try dengan rr.. nampaknya rr yg dah main exzos chamber agak sukar rxz nak fight.. so aku amik keputusan nak tune chamber kali ini.. Gambar aku upload ni exzosnya belum lagi disiapkan.. tengah sedap2 melayan rekabentuk pipe aku ni.. tetiba gas co2 plk habis.. haisshhh.. potong tune btol la.. terpaksalah tunggu esok pagi.. sbb cina supplier gas available esok.. Apa yg membuatkan aku terjebak dengan pipe ni bukanlah kerana tengok youtube belambak dak2 skrg pakai pipe tapi aku sendri merasakan exzos 3BS rxz stendet mmg sangat lemau walaupun dah max tune.. tak termasuk jek rod la.. ni kira stroke stendet lg.. mesin aku yg ni tak pernah jek rod lg.. kita cuba lihat kemampuan stroke rxz 135 bolehkah kita beat rr 150 atas highway..  Sedikit tips utk kawan2 seangkatan ngan aku.. kemahiran tune cylinder blok adalah penting.. sbb dari situ kita dapat bezakan tunin...